Bagaimana remaja perlu melindungi diri daripada HIV?
- Sebaiknya, nasihatkan remaja untuk tidak berkongsi jarum atau jarum suntikan di luar kemudahan perubatan atau tanpa arahan doktor boleh membantu mereka untuk menghindari HIV secara efektif.
- Mungkin agak janggal untuk berbicara tentang seks dengan seorang remaja, tetapi ianya penting untuk anda menasihati mereka untuk menggunakan kondom jika mereka ingin melakukannya.
- Serta nasihati mereka untuk tidak melakukan seks dengan terlalu ramai pasangan (Perbuatan ini dilarang untuk remaja beragama Islam).
- Mereka juga boleh melakukan pemeriksaan setiap 3 hingga 6 bulan untuk sebarang rawatan peringkat awal.
- Maklumat yang sesuai untuk dikongsi bersama remaja tentang HIV juga bergantung kepada usia mereka, personaliti dan pengetahuan mereka mengenai penyakit ini.
- Sebagai ibu bapa, anda perlu membuat perancangan dan mendapatkan maklumat penting tentang HIV sebelum berkongsi bersama mereka agar anda boleh mendidik mereka dengan lebih berkesan.