Peranan Membanteras Dadah


PERANAN IBU BAPA DAN MASYARAKAT DALAM MEMBANTERAS DADAH

·         Ambil tahu tentang penglibatan penyalahgunaan dadah
·         Segera melaporkan kepada pihak berkuasa
·         Hulurkan bantuan dengan ikhlas dan tenang
·         Elakkan pandangan serong kepada penagih
·         Adakan pertemuan secara semuka bagi mengelakkan penagih berasa malu dan rendah diri
·         Rancang aktiviti yang sihat
·         Tunjukkan tanggungjawab anda sebagai masyarakat yang perihatin dan penyayang
·         Memberi semangat untuk penagih dadah berubah
·         Usah sembunyikan masalah
·         Saling berinteraksi dalam menghadapi masalah
·         Pantau dan teliti perlakuan anak
·         Lakukan aktiviti riadah bersama bagi mengisi masa lapang
·         Tunjukkan keperihatinan dan kasih sayang
·         Segera dapatkan bantuan awal
·         Lakukan ujian dadah
·         Bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam proses pemulihan

PERANAN PELAJAR DAN RAKAN
·         Berbincang dengan orang dewasa seperti guru-guru, ibu bapa dan kaunselor sekolah untuk membantu menasihatkan rakan anda
·         Mengambil risiko untuk mengingatkan rakan mengenai bahaya dan masalah yang mungkin berlaku
·         Ingatkan rakan bahawa bantuan boleh didapati
·         Jaga diri sendiri dan berhati-hati, anda juga boleh terdorong dengan penyalahgunaan dadah
·         Tekad untuk berubah dan pulih dari penagihan
·         Jauhi dari terus bergaul dengan penagih dan pengedar
·         Lakukan aktiviti sihat di masa lapang
·         Beri kerjasama dengan pihak berkuasa
·         Beri komitmen yang penuh dalam menjalani rawatan pemulihan
·         Libatkan diri dengan program ilmiah dan pengukuhan rohani
·         Jangan mudah putus asa
·         Jadikan keluarga tempat mengadu masalah
·         Slogan “Katakan Tidak Kepada Dadah” perlu dijadikan satu pegangan hidup kepada pelajar

PERANAN GURU

·         Setiap masa, para guru perlu mengingatkan pada muridnya agar tidak melibatkan diri dengan dadah