Kenali Vape



Image result for apa itu vape malaysia

Rokok elektronik atau vape menggunakan pengewap (vaporizer) berkuasa bateri untuk menghasilkan suatu aerosol daripada cecair yang berperisa khas yang disedut penggunanya untuk mendapat rasa seakan menghisap rokok tanpa membakar sebarang tembakau. Cecair khas ini biasanya diperbuat daripada nikotin (tidak semuanya), propilena glikol, gliserin dan bahan perisa. 

Image result for vape              Image result for vaping

Rokok jenis ini terdapat dalam berbagai bentuk dan ukuran, tetapi terdapat tiga komponen utama dalam rokok elektrik, iaitu bateri, atomiser, dan katrij yang berisi cairan (cartridge). Cecair dalam tabung ini mengandungi nikotin, propilene glikol atau gliserin, serta penambah rasa, seperti rasa buah-buahan dan cokelat. Beberapa rokok elektrik memiliki bateri dan cartridge yang dapat diisi secara berulang.


Perkataan "vape" berasal daripada perkataan slang bahasa Inggeris untuk "vaporizer" iaitu alat yang digunakan untuk menghisap ganja, tembakau dan campuran rokok lain. Kamus Oxford menambah "vape" sebagai kata nama baru dalam kamusnya pada Ogos 2014.

Apa yang terkandung dalam rokok elektrik (vape)?

Dalam cecair rokok elektrik mengandungi propilen glikol atau gliserin, nikotin, dan penambah rasa.
  • Propilen glikol atau gliserin berfungsi untuk menghasilkan wap air. Penelitian menunjukkan bahwa menghirup propilen glikol dapat menyebabkan iritasi saluran pernapasan pada beberapa individu.
  • Nikotin ditemui di dalam konsentrasi yang berbeza-beza, antara 0-100 mg/ml dalam satu rokok elektrik.
  • Penambah rasa, seperti rasa cokelat, vanila, buah-buahan, dan lainnya, sehingga perokok elektrik dapat menikmati sensasi rasa tertentu dalam setiap hisapannya.   Image result for vape juiceImage result for vape juiceImage result for vape juice
  • Komponen lainnya iaitu tobacco-specific nitrosamine (TSNA). TSNA merupakan kandungan karsinogen yang ditemui dalam tembakau dan rokok tembakau. Nitrosamin dalam jumlah sedikit ditemui di dalam cecair rokok elektrik. Semakin tinggi kadar nikotin, semakin tinggi juga kadar TSNA. Selain TSNA, juga ditemukan kandungan logam, seperti kromium, nikel, dan timah.
Fakta berkaitan vape
·        
         Vape yang ada di pasaran terdiri daripada campuran cecair khas yang digunakan untuk menghasilkan wap cecair seakan-akan asap. Cecair khas itu biasanya mengandungi bahan seperti glycerin dan propylene glycol. Selain itu, bahan pewarna, perisa dan juga nikotin turut dicampurkan ke dalam sesetengah jenis cecair vape.

·         Cecair itu akan dipanaskan menggunakan elemen pemanas dalam vape, seterusnya menghasilkan wap cecair untuk disedut. Namun, kandungan cecair dalam vape ini dikhuatiri berpotensi membawa kemudaratan kepada kesihatan pengguna terutamanya kanak-kanak kerana sedutan wap cecair dengan isi kandungan dalam cecair vape boleh mengganggu fungsi paru-paru manusia dalam pertukaran gas.

·         Bagi peranti yang mengandungi nikotin, kesannya sama dengan rokok termasuk menyebabkan ketagihan. Insiden pengambilan dos nikotin berlebihan boleh berlaku akibat penggunaan vape kerana cecair nikotin yang disediakan tidak dipantau selia kepekatan dan kekuatannya.

Adakah vape selamat untuk kanak-kanak?
 
·     Fenomena penggunaan vape menjadi ikutan anak muda dan kanak-kanak. Hal ini amat membimbang­kan kerana ia bertentangan dengan Pelan Strategik Kebangsaan Bagi Kawalan Tembakau 2015-2020 de­ngan misi menjadikan Malaysia negara bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok menjelang 2045.
·      
            Tabiat menghisap vape dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya murid sekolah adalah gejala yang menggusarkan guru dan ibu bapa.

·         Tambahan pula, cecair vape yang mengandungi nikotin bukan saja boleh menyebabkan ketagihan, malah boleh membahayakan kesihatan kanak-kanak apabila dos berlebihan diambil.
·         Pelbagai perisa dan pewarna dalam cecair vape akan menarik kanak-kanak untuk mencuba. Keadaan ini juga dikhuatiri akan membuka gerbang kepada percubaan bahan-bahan ketagihan lain seperti rokok, bahan hidu perangsang contohnya gam dan dadah.

Nikotin di dalam vape
·      Nikotin adalah bahan yang didapati daripada tumbuhan dan merupakan ubat peransang semulajadi. 0.6% – 3% nikotin dikenalpasti ada dalam daun tembakau kering manakala 2-7 ug/kg dalam tumbuhan lain. Nikotin dapat menyebabkan ketagihan sama seperti ketagihan kepada heroin dan kokain. Nikotin memberi kesan kepada psikologi seperti mampu mengubah mood dan biasanya peransang dan penenang. Nikotin menyebabkan hati mengeluarkan glukosa dan adrenalin yang meransang. Nikotin juga menenangkan, menajamkan fikiran, merehatkan dan meningkatkan fokus. Namun ianya juga mengurangkan selera dan meningkatkan metabolisma. Perokok biasanya mengalami kekurangan berat badan.

·         Apabila nikotin disedut melalui paru-paru dan terus mengalir melalui darah ke otak, dalam 7 saat akan meransangkan otak mengeluarkan banyak bahan kimia yang meransang saraf. Ianya dapat meningkatkan tumpuan dan ingatan, meningkatkan fokus, meningkatkan nafsu seksual, mengurangkan sakit, mengurangkan kerisauan, meningkatkan kesan dopamine dan meningkatkan sensitiviti otak.

·         Namun nikotin juga mampu meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung. Pengambilan nikotin dalam jumlah yang tinggi (30mg-60mg) mampu mengakibatkan kematian kepada manusia dewasa.

·         Namun pengambilan nikotin melalui rokok menyebabkan masalah kesihatan lain yang lebih besar seperti kanser, jantung dan paru-paru.