PROFIL SEKOLAH





PROFIL SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bayu (SMKTB) dibuka dengan rasminya pada  1.1.2012, dengan kos berjumlah  RM 12 juta dan berkeluasan 11.5 hektar. Kawasan persekitaran sekolah ini mempunyai Blok A, B1, B2, C, D dan E yang menempatkan sebuah dewan, makmal ICT, makmal Sains, bengkel Kemahiran Hidup, surau, bilik-bilik khas dan bilik darjah dengan kapasiti 24 buah.

Pada peringkat awal, SMKTB hanya terdiri daripada seorang Penyelia Sekolah, seorang guru Bimbingan dan Kaunseling dan 19 orang guru penolong dan dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir (PT), seorang Pembantu Am Pejabat (PAP) dan 3 orang Pembantu Makmal. Pengetua pertama sekolah ini Puan Mahaya Binti Osman yang mula berkhidmat pada 12 Ogos 2012 hingga 1 Jun 2013.





MAKSUD LOGO SEKOLAH

1. Kuning -
Lambang keikhlasan warga sekolah dalam menyebar dan menimba ilmu

2. Biru
Lambang kerukunan dan semangat padu warga sekolah

3. Merah
Lambang semangat kekuatan setiap warga

4. Motto Keazaman Kejayaan Kecemerlangan-
Warga sekolah berazam bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap bidang yang diceburi.

5. Mata Pena
Sebagai sumber ilmu untuk mencapai kejayaan.

6. Pokok padi
Persekitaran sekolah yang dikelilingi oleh sawah padi.

7. 3 Gelung
Perpaduan antara warga sekolah.

8. Tahun 2012
Tahun sekolah ini dibuka.