Adakah ubat untuk menyembuhkan HIV/AIDS?
Tidak, masih tiada lagi ubat untuk menyembuhkan HIV/AIDS.
Walau bagaimanapun, penggunaan ubat anti-virus HIV dapat melambatkan proses penyakit ini.
Siapakah perlu dirawat dan dimanakah untuk mendapatkan rawatan?
Kebanyakkan pesakit tidak memerlukan rawatan di peringkat awal penyakit. Rawatan diberikan kepada pesakit-pesakit berikut:
- menunjukkan tanda-tanda AIDS
- bacaan CD4 kurang daripada 200 sel/ml
- bacaan virus lebih dari pada 30 000 copies/ml
- pesakit yang mengikuti rawatan sepenuhnya
Kerajaan
menyediakan kombinasi 3 ubat anti-virus dikenali sebagai Highly Active
Anti-Retroviral Therapy (HAART) secara percuma untuk pesakit-pesakit
berikut:
- kanak-kanak berumur kurang 12 tahun
- dijangkiti HIV melalui pemindahan darah dan pemindahan organ
- dijangkiti melalui pekerjaan
- wanita yang disahkan positif untuk HIV melalui program pencegahan HIV ibu kepada anak
- pegawai kerajaan
Untuk
pesakit-pesakit lain, kerajaan menyediakan 2 jenis ubat anti-virus
secara percuma. Pesakit hanya perlu membeli 1 jenis ubat sahaja. HAART
dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.
Ubat anti-virus boleh didapati di hospital kerajaan dan klinik kesihatan terpilih. Rawatan HIV/AIDS juga termasuk:
- pencegahan dan rawatan untuk jangkitan oportunis (opportunistic infection)
- nasihat mengenai pemakanan berkhasiat
- rawatan penyakit kelamin
- kaunseling ( perubatan dan psikologi)