Jenis-Jenis Dadah


Jenis-jenis Dadah

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :
  • Opiat dan Opiat sintetik
  • Stimulan
  • Ganja
  • Halusinogen
  • Depresen
  • Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna


Apa itu Opiat?

Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.



Jenis-jenis opiat

1. Candu


Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, mengajal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.


2. Morfin



Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik. 

Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : "M", "White Powder", "Monkey", "Morpho"


Morfin Mentah
  • Bentuk blok / serbuk
  • Bertanda "999"
  • Mengandungi 70% - 90% morfin
  • Juga dipanggil Heroin No.1

Bes Morfin
  • Seperti serbuk kopi halus
  • Mengandungi 60% - 70% morfin

Pil-pil Morfin
  • Mengandungi morfin sulfat / morfin hidroklorid
  • Pil kecil berwarna putih / coklat pucat


3. Heroin



Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.

Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : "Fit", "Fun", tepung, cik putih, barang, "Penang pink"



4. Kodein


Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.

Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : Ubat batuk



5. Opiat Sintetik


Tablet Metahadone

Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti "methadone", "pethidine", "dipipanone" dan "dextropropoxyphene". Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini "methadone"digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.

Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik
Nama Jalanan : "Fizzies", "Dollies"



Stimulan

Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau "Amphetamine-type-stimulants (ATS)" dan kokain.


Jenis-jenis Stimulan

1. Amfetamin


Amfetamin

Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu) dan "Methylenedioxy methamphetamine" adalah dadah yang sangat berbahaya. 

Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur ("chasing the dragon")


2. Methamphetamine


Syabu / Ice

"Methaphetamine hydrochloride" merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas. 
Contoh "methaphetamine hydrochloride" yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.


Alat untuk "chasing the dragon"

Cara Menggunakan : Menghisap, menyedut ("chasing the dragon")
Nama Jalanan : "Ice"



3. Kokain


Serbuk Kokain

Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan. 
 

Pokok Koka


Daun Koka


Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara Eropah. 


Cocaine Snorting

Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : "Coke", "Crack", "Snow", "Flake"


Kokain "Freebase" adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain "Crack" adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk "granusles". "Crack" mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.


4. MDMA


Table yg mengandungi MDMA (Pil Ecstasy)

"Methylenedioxy-methamphetamine" (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin. 

Ia dipanggil "feel good drug" dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda.

Cara Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : "Ecstasy", "XTC"



Ganja/Kanabis


Pokok Ganja

Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok "cannabis sativa". 

Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana "tetrahydrocannabinol" (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama.


Daun Ganja

Jenis-jenis Ganja/Kanabis

1. Kanabis Herba

Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok "genus kanabis" yang dikeringkan dalam bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan. 

Kandunan THC : 0.25% - 8%
Cara Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama makanan / minuman)
Nama Jalanan : Ganja



2. Hashish

Hashish

Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin. 
Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.

Kandungan THC : 4% - 12%
Cara Menggunakan : Menghisap



3. Minyak Hashish

Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan bahan pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara.

Kandungan THC : Sehingga 60%
Cara Menggunakan : Menghisap



"Bong" - Alat untuk menghisap ganja


Menghisap ganja menggunakan "Bong"


Halusinogen


Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar.

Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan. 

LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.

Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan "hippies" pada tahun 1960-1970. Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat.