Rokok merupakan silinder kertas berukuran
panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan garis
pusat sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang
telah dicincang.
Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara
supaya asapnya dapat disedut melalui mulut pada hujung yang lain.
Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang
bertapis dan tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan busa serabut sintetik yang berfungsi untuk
menyaring nikotin.
Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk
kotak atau kemasan kertas
yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantung. Kebelakangan ini,
bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai dengan pesanan kesihatan
yang memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan akibat merokok, misalnya kanser
paru-paru atau serangan jantung.
Manusia terawal di dunia yang merokok ialah suku bangsa Asli di Amerika.
Mereka merokok untuk memuja dewa atau roh. Pada abad 16, ketika bangsa
Eropah menemukan benua Amerika, sebahagian para penjelajah Eropah
terikut untuk menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropah.
Kemudian, kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan bangsawan Eropah.
Berlainan dengan bangsa Asli Amerika yang merokok untuk keperluan
pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Pada
abad ke-17 para pedagang Sepanyol membawa masuk rokok ke Turki dan mulai
saat itu, ia terus menular ke negara-negara Islam.
Bahan kimia yang terkandung dalam rokok
Beberapa bahan kimia yang terkandung di dalam rokok:- Nikotin, kandungan yang menyebabkan perokok berasa tenang.
- Tar, yang terdiri daripada lebih 4000 bahan kimia yang mana 60 bahan kimianya bersifat karsinogen.
- Sianida, sebatian kimia yang mengandungi kumpulan siano.
- Benzena, juga dikenali sebagai bensol, bahan kimia organik yang mudah terbakar dan tidak berwarna.
- Kadmium, logam yang sangat beracun dan radioaktif.
- Metanol (alkohol kayu), alkohol yang paling ringkas yang juga dikenali sebagai metil alkohol.
- Asetilena, merupakan sebatian kimia tak tepu yang juga merupakan hidrokarbon alkuna yang paling sederhana.
- Amonia, boleh ditemui di mana-mana, tetapi sangat beracun dalam gabungan dengan unsur-unsur tertentu.
- Formaldehid, cecair yang sangat beracun yang digunakan untuk mengawetkan mayat.
- Hidrogen sianida, racun yang digunakan sebagai fumigan untuk membunuh semut. Zat ini juga digunakan sebagai bahan pembuat plastik dan racun perosak.
- Arsenik, bahan yang terdapat dalam racun tikus.
- Karbon monoksida, bahan kimia toksik yang ditemui dalam asap buangan kereta
Nikotin
Di Dalam Rokok Adalah Racun & Dadah
Ia
sebatian organik yang dijumpai secara semulajadi didalam daun tembakau (Nicotinatobacum)
Nikotin
adalah racun kepada sistem saraf (Potentnervepoison)
Dan dadah perangsang (Stimulant drug).
Kesan Nikotin
- Gangguan otak kronik dimana penggunaan berpanjangan menghasilkan kebergantungan fisiologi serta dorongan yang kuat untuk menggunakan tembakau.
- Ketagihan ini berkait rapat dengan kadar kepantasan nikotin diserap dan sampai ke otak (dalam masa 7-10 saat)(Prochaska,2015)
- Pendedahan otak kepada nikotin semasa remaja amat berbahaya kerana zaman remaja adalah peringkat kritikal perkembangan otak dan berisiko untuk mencuba bahan-bahan terlarang yang menjurus kepada penyalahgunaan dadah(Yuanetal, 2015).
- Nikotin menggalakkan pembekuan darah (Schalleretal, 2013)
- Nikotin menyerap masuk ke plasenta ibu mengandung dimana ini akan mengganggu proses perkembangan bayi di dalam kandungan (Maritz, 2009).
- Nikotin serendah 2mg sudah boleh menyebabkan gangguan pada perut dan usus.
- Dos yang lebih tinggi boleh menyebabkan kesan yang lebih teruk, antaranya, sawan dan kegagalan pernafasan.
- Nikotin pada paras sekurang-kurangnya 4mg boleh menyebabkan kematian kepada kanak-kanak manakala 40mg boleh menyebabkan kematian dikalangan orang dewasa.