Pengenalan



PENYATAAN DASAR
Dasar Pendidikan Pencegahan Dadah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian adalah dasar mengenai keperluan murid, guru, kakitangan dan ibu bapa untuk menerima pendidikan pencegahan dadah bagi memastikan institusi pendidikan bebas dadah yang merupakan salah satu objektif  Dasar Dadah Negara.  Dasar ini dilaksanakan melalui empat pendekatan utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah.

MATLAMAT
Matlamat Pendidikan Pencegahan dadah di Sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “Sekolah Bebas Dadah Tahun 2020”.

FUNGSI
Pendidikan Pencegahan Awalan untuk rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.
Pengurusan Program Intervensi untuk murid yang berisiko dan terlibat mencuba
rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV-Aids.
Pengurusan Data, Penyelidikan, Dokumentasi dan Publisiti berkaitan PPDa.
Pengurusan Hubungan Luar.