Tanda HIV mungkin Nampak macam ringan dan tidak menunjukkan tanda yang betul-betul nyata. Inilah sebabnya penting untuk kita mengetahui status HIV diri sendiri. Berikut antara tanda-tanda HIV yang tidak disedari orang ramai.
Pada minggu awal
terkena jangkitan HIV ini, anda mungkin tidak akan nampak sebarang tanda. Namun,
beberapa pesakit mendedahkan mereka mengalami selesema ringan.
Ini termasuklah dengan
demam dan sakit kepala. Tanda HIV ini akan hilang dalam masa beberapa minggu. Dalam
sesetengah kes, ada yang hanya melihat tanda-tanda ini 10 tahun kemudian.
Kelenjar nodus limfa
terletak di beberapa bahagian tubuh. Ia berfungsi untuk melawan jangkitan
dengan menyimpan sel kekebalan dan menapis patogen.
Jika HIV merebak,
sistem kekebalan tubuh akan bekerja
dengan pantas. Hasilnya kelenjar nodus limfa akan membengkak.
Tanda HIV yang sering
dialami adalah masalah kulit. Ruam antara salah satu daripadanya. Jika ada ruam
muncul di badan anda, sila dapatkan rawatan dan pemeriksaan. Luka dan ruam
inimungkin muncul di kulit, mulut, alat kelamin dan dubur.
Virus HIV akan
menyusahkan sistem imun badan anda untuk melawan kuman. Jadi mudah untuk
penderita HIV diserang jangkitan virus lain.
Salah satu tanda awal
HIV adalah demam ringan dalam waktu yang panjang. Tubuh biasanya akan mengalami
demam tanpa sebab yang jelas.
Oleh kerana pesakit
menganggapia hanyalah demam biasa, mereka tidak melakukan pemeriksaan dan
mengabaikan tanda awal HIV ini. Awas jika anda selalu berpeluh di malam hari.
Wanita yang menghidap
HIV positif boleh melihat tanda-tanda terkena HIVM melalui perubahan haidnya. Biasanya
perubahan haid ini melibatkan jumlah darah yang keluar.
Ada yang keluar lebih
banyak dari biasa. Ada yang kurang da nada yang tidak keluar langsung.
Penyakit radang ini
termasuklah jangkitan di Rahim atau saluran telur.
Ini satunya tanda awal
HIV yang sering diabaikan. Kepenatan mungkin boleh terjadi keranan beberapa
sebab.
Tapi jika anda telah
mendapat jumlah tidur yang mencukupi, berehat dengan tetap, tapi masih cepat
kepenatan, sila lakukan pemeriksaan doktor.
Apabila anda dijangkiti
HIV anda akan mengalami sakit kepala yang berterusan. Sakit kepala ini juga
akan menyebabkan anda lemah dan demam.
Pesakit HIV akan hilang
nafsu makan keranan asyik mual. Malah, makanan itu juga tidak boleh dicerna
dengan baik kerana bakteria dalam perut mati.
Perubahan
Warna Kuku
Kuku yang tumbuh akan kelihatan lebih tebal, bahkan mungkin
berubah warna. Hal ini disebabkan jangkitan pada kuku tersebut.
Ada Lendir Pada
Kemaluan
Virus HIV boleh juga hadir dalam bentuk lendiran di alat
sulit. Ia mungkin disebabkan herpes atau jangkitan luka HIV yang parah.
Rasa Kebas Dan
Kesemutan Di Kaki Atau Tangan
Satu lagi tanda HIV yang jarang diambil berat adalah rasa
kebas dan “kesemutan” di bahagian kaki atau tangan anda.
Ada juga pesakit HIV yang mengalami rasa kebas ini seperti
dicucuk-cucuk di hujung jari dan kaki. Ia terjadi kerana virus mula
mempengaruhi sistem saraf.
Rasa Bingung Dan
Mudah Lupa
Tanda-tanda HIV boleh dilihat pada setiap anggota tubuh. Ini
termasuklah sel-sel otak. Kadang-kadang virus HIV akan menyebabkan demensia,
rasa bingung dan mudah lupa yang boleh sehingga hilang memori.
Berat Badan Turun
Dengan Mendadak
Jika anda mengidap tanda awal HIV, tidak mustahil untuk
berat badan anda turun dengan mendadak kerana serangan sembelit, cirit-birit
dan tidak lalu makan.
Semoga perkongsian tentang tanda HIV ini akan membuka lebih
banyak ruang untuk anda sedar dengan kesihatan diri anda.
Sila dapatkan pemeriksaan doktor jika anda memiliki tanda
awal berikut.