Langkah Jauhi Arak

Disini terdapat beberapa langkah bagi membantu individu untuk berhenti meminum arak di antara langkah-langkah tersebut adalah:
  1. Langkah pertama dan yang terbaik untuk mengelak diri anda dari menjadi penagih alkohol adalah dengan mengakui diri anda sebagai seorang peminum.
  2. Ubah gaya hidup anda. Jauhi dari tempat-tempat yang boleh menyajikan alkohol (kelab malam, parti dan majlis tari menari) sehinggalah anda boleh mengawal diri anda dari minum. Apabila anda berjaya mengatasi masalah ini, mintalah jus, soda atau kopi sebagai ganti, jika anda menghadiri majlis-majlis tertentu.
  3. Jika rakan-rakan anda mempelawa anda minum alkohol untuk meraikan majlis mereka, terangkan kepada mereka yang anda telah berhenti. Anda boleh mencari rakan baru sekiranya mereka tidak setuju tindakan anda ini.
  4. Dapatkan sokongan sosial dengan menghadiri perjumpaan kumpulan motivasi/bantu diri untuk menguatkan pendirian anda.
  5. Pengawasan ibu bapa adalah penting agar anak-anak mereka tidak terjebak dalam gejala yang negatif ini. Dengan menyiasat dengan siapa anak-anak mereka berkawan dan sebagainya.
  6. Ketahuilah had dan batasan anda dan kekalkan prinsip ini.
  7. Curahkan segala masalah anda kepada yang sudi mendengarnya dan yang mengambil berat tentang diri anda. Mungkin ini akan mengurangkan kesedihan anda dan mengelakkan diri dari mengambil alkohol.
  8. Cari jalan lain untuk menenangkan diri anda selain dari alkohol (hobi, senaman, aktiviti fizikal dan menonton wayang)
  9. Sedarilah bahawa anda sebagai simbol dan model yang baik kepada anak-anak anda kerana mereka belajar dari apa yang mereka lihat.
  10. Kuatkan pegangan agama anda. Semua agama melarang pengambilan dan penyalahgunaan alkohol.